Permata Hatiku

Selama 4 tahun berumahtangga berkat usaha ikin bersama suami akhirnya berhasil juga bila disahkan telah hamil baru beberapa minggu.Kandungan pun masih terlalu awal.Tapi dalam hati ni allah sahaja yang tahu risau perkara-perkara yang lalu berulang.Sebelum ni pun dah 2 keguguran dan sekali disahkan kandungan diluar rahim.Sehingga perlu membuat pembedahan disebabkan tiub fallopio telah pecah.Demi nak selamatkan nyawa doktor terpaksa dibuang sebelah.
Risiko untuk hamil di luar rahim keberangkalian tu tinggi jugak.Bila period lambat je datang doktor nasihatkan supaya segera buat ujian.Tu sebab untuk kali yang ke 4 ni berbincang dengan doktor dan menasihatkan ikin supaya ambik cuti tanpa gaji selama 3 bulan supaya kandungan kali ni dijaga rapi.Nak berterima kasih kepada suami tercinta pengorbanan dia tak terhingga sebab kena menanggung isteri yang tidak bergaji dan perlu menampung perbelanjaan kos rawatan susulan ketika mengandung yang banyak.Sebab kos rawatan di hospital swasta memang mahal.Bukan tak nak pergi ke hospital kerajaan ini disebabkan rekod-rekod yang terdahulu sudah ada.Bagi memudahkan urusan berjalan dengan lancar.
Syukur kandungan membesar dengan sihat dan selama 9 bulan membawa perut akhirnya pada 27/12/2012 lahirlah seorang bayi lelaki yang comel dan sihat.
Walaupun dilahirkan secara pembedahan akhirnya untuk bergelar seorang ibu tercapai jua.Kami berikan nama Muhammad Aqil Zafran Bin Mohd Fazrul diberi.Masa begitu pantas sekarang aqil dah berusia 2tahun sudah.Rasa baru sahaja melahirkan dia kedunia ini.Apa yang ingin disampaikan jangan mudah berputus asa selain memanjatkan doakepada yang maha esa.Kita hanya berusaha selagi ada jalannya.Insyaallah allah sentiasa membantu umatnya.Mudah-mudahan anak mama ni membesar menjadi anak yang soleh.
Mama dan papa sentiasa sayang aqil.Jangan nakal-nakal nanti mamatak nak kawan dengan aqil.


Mama love u sayang..........

Comments

Popular Posts