MENTORKU SAYANG

  Kalau dalam rancangan tv3 ada mentorkan.Bukan hanya dalam bidang nyanyian sahaja perlukan mentor tetapi di dalam bidang bisnes pun perlukan mentor.Kenapa ada perlu mentor??????

 Umpama kita seorang pelajar tadika yang tidak mengenal huruf A - Z.Tidak tahu menulis,tidak tahu membaca dan tidak tahu mengira.Siapa yang akan ajar dan melatih kita tidak lain mestilah seorang cikgu.
 
 Ada cerita di sebalik dengan seorang mentor hari ni.Sebelum ikin menceburi bidang bisnes dan tidak akan percaya akan menjadi seorang usahawan hanya seorang kerani di syarikat koperasi.Selain itu juga ada jugak buat bisnes kecil kecilan homemade coklat di rumah.
 Sejak ada facebook ni ikin dapat berhubung kembali dengan rakan-rakan sekolah rendah hingga menengah.Ketika itu ikin terjumpa dengan facebook Suhaili Isa.Sejak daripada itu ikin sentiasa lihat dalam face book sentiasa sue naik muat kisah-kisah aktiviti beliau dalam bisnes sehingga satu hari ikin yang hubungi beliau untuk berjumpa apa yang beliau buat.Menarik sangat sampai tak sabar-sabar nak jumpa dengan beliau.
  Alhamdulillah dah masuk tahun ke 4 ikin dah menceburi dalam bisnes Sahajidah Hai-o Marketing ni.Sebab apa ikin dapat bertahan sehingga kini dan ikin nak ucapkan terima kasih tak terhingga dengan mentor ikin Suhaili Isa.Beliau yang banyak membimbing ikin dari seorang yang memang pemalu nak menonjolkan diri ini.Disebabkan dari segi bentuk badan ikin yang gemuk dan juga tahap keyakinan diri tu kira kosong.
  Dari mula ikin join bisnes dan menjadi anak didik beliau tidak pernah sekali pun beliau tinggalkan anak-anak bisnesnya.Sentiasa ingatkan anak-anak didiknya apa impian dan kenapa join bisnes ini...Ada satu tahap ikin pernah menyuarakan nak berhenti buat bisnes ni sebab banyak halangan dari family dan tidak boleh fokus pada bisnes ni.Mentor ikin yang beri kata-kata motivasi,kata-kata yang positive dan sentiasa memberikan bimbingan serta tunjuk ajar dari 0 hingga ikin dah berkeyakinan untuk tidak bersikap malu.
 Terima kasih kepada mentorku yang disayangi Suhaili Isa turun padang membantu anak-anak bisnes dan juga my team Thediamondcircle tanpa mentor kita tidak akan ada hala tuju terumbang ambing tanpa perhentian dan tidak akan mencapai kejayaan.

Nakkan kejayaan perlukan mentor dan cari la mentor jangan sombong dan sentiasa merendahkan diri....


Sekian terima kasih 

ikin😘

  

Comments

Popular Posts